Mengenai Kami

Portal Pembayaran Atas Talian Johor.


Johor E-Payment Portal merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor kepada pengguna untuk membuat pembayaran bil atau tanpa bil secara online. Pada masa ini, bayaran secara online hanya boleh dibuat untuk pembayaran cukai tanah bagi tanah-tanah dalam Negeri Johor.

Johor E-Payment Portal menyediakan kemudahan bayaran secara online melalui kemudahan MEPS FPX dan juga melalui kad kredit (VISA / MASTERCARD).

Bayaran menggunakan MEPS FPX boleh dilakukan sekiranya anda adalah pemegang akaun perbankan elektronik di bank yang berdaftar di bawah MEPS FPX iaitu Hong Leong Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Maybank, CIMB Bank Berhad, Public Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.