Agensi

Maklumat dan perkhidmatan berkaitan agensi-agensi yang terlibat.



Talian 07-2666880/81/82
Emel cukaiptgj@johor.gov.my
Senarai Agensi

Pentadbiran Tanah Johor

Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 - Setiap pemilik tanah berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah.

Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965 - Cukai Tanah yang dikenakan hendaklah dibayar pada awal tahun kalendar iaitu 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Cukai Tanah yang tidak dijelaskan selepas 31 Mei akan menjadi tunggakan untuk tahun tersebut.

Denda Lewat akan dikenakan jika pembayaran Cukai Tanah dijelaskan selepas 31 Mei. Kadar Denda Lewat 20% akan dikira atas cukai tanah yang tertunggak dengan kadar minima RM2.00. Cukai Tanah hanya perlu dibayar SATU(1) KALI SETIAP TAHUN.

Seksyen 100 Kanun Tanah Negara 1965 - Jika tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan, Notis Tuntutan (Notis 6A) akan dikeluarkan dengan dikenakan bayaran RM20.00 setiap notis. Sekiranya tidak juga dijelaskan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tarikh penyampaian notis 6A, tindakan MERAMPAS TANAH akan diambil. Penalti maksima 6 kali ganda nilai cukai tanah tertunggak boleh dikenakan untuk menebus kembali tanah itu.

Semakan hakmilik boleh dibuat dengan menggunakan carian pilihan seperti berikut :

    1. 1) Carian melalui No Kad Pengenalan / No Syarikat
      2) Carian melalui No Daftar Lot
      3) Carian melalui No Daftar Hak Milik

  • * Contoh No Hakmilik : 010204XX00007777
  • Semasa memasukkan maklumat carian rujuk pada kedudukan kod seperti di bawah :
    1. * Kod Daerah : 02 (010204XX00007777)
      * Kod Mukim : 40 (010204XX00007777)
      * Jenis Hakmilik : XX (010204XX00007777)
      * No Hakmilik : 00007777 (010204XX00007777)

  • Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mencetak resit cukai tanah dan ingin mengulangi cetakan resit, sila ke kaunter Unit Hasil Pejabat Tanah Daerah yang berdekatan selepas 2 hari pembayaran dibuat. Bayaran tambahan akan dikenakan bagi setiap kali cetakan.

  • Sila jelaskan cukai tanah pada atau sebelum 31 Mei setiap tahun. Denda lewat akan dikenakan mulai 1 Jun setiap tahun.

  • Pembayaran boleh dibuat secara On-Line (Sila layari JOHOR E-PAYMENT PORTAL ), tunai, kad kredit/debit tempatan, cek, bank deraf, kiriman wang, wang pos atas nama PENTADBIR TANAH (di mana pembayaran dibuat).

  • Klik Untuk Senarai Pentadbir Tanah