SOALAN LAZIM

Soalan-soalan lazim berkaitan Portal Pembayaran Atas Talian Johor.


Capaian Pantas

Pendaftaran adalah mudah. Hanya klik butang Daftar di laman utama dan mula mengisi butiran anda.
Kami hanya memerlukan maklumat asas tentang diri anda sebelum anda menggunakan perkhidmatan daripada portal JOHOR E-PAYMENT PORTAL. Anda perlu menyediakan maklumat yang tepat seperti Nombor ID, Nama Penuh (No. Kad Pengenalan / Pasport / Kad Kuasa), Nombor Telefon Bimbit dan Alamat e-mel selepas pendaftaran. Ini adalah penting sekiranya kami perlu menghubungi anda pada masa hadapan untuk rujukan.

Dan tiada caj akan dikenakan untuk pendaftaran dengan JOHOR E-PAYMENT PORTAL. Ia adalah percuma!

Anda mungkin mahu menyemak kenyataan Dasar Privasi kami untuk melihat dasar kami mengenai bagaimana kami menyimpan maklumat anda dalam portal JOHOR E-PAYMENT PORTAL.

Dengan portal JOHOR E-PAYMENT PORTAL, anda tidak perlu untuk mengakses portal pelbagai agensi untuk membuat pembayaran bil.

Selain itu, anda boleh memudahkan pembayaran anda dengan beberapa ciri lain seperti mendaftar akaun penerima kegemaran anda, semak bil semasa anda, dan semak status transaksi sebelumnya dalam tempoh 3 bulan yang lalu.

Ya, anda boleh menukar kata laluan bila-bila masa yang menggunakan ciri-ciri yang disediakan dalam bahagian profil pengguna.

Anda boleh meminta kata laluan baru melalui portal JOHOR E-PAYMENT PORTAL sekiranya anda terlupa kata laluan semasa anda. Kata laluan baru akan dihantar kepada anda ke alamat emel yang didaftarkan. Kami menasihatkan agar anda menukar kembali kepada kata laluan yang baru secepat mungkin.

Tidak boleh. ID pengguna yang telah berdaftar akan digunakan setiap kali anda log masuk ke portal JOHOR E-PAYMENT PORTAL.
Sila rujuk pada bil semasa yang anda terima dari agensi masing-masing. Nombor akaun atau nombor bil adalah berbeza antara satu sama lain. Sila hubungi wakil agensi masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bil anda.
Semua pembatalan bayaran perlu dilakukan secara manual. Anda perlu menghubungi agensi yang berkaitan jika anda fikir anda telah membayar secara berlebihan untuk akaun anda.

Sila semak bahagian terma dan syarat kami untuk maklumat lanjut.

Anda boleh menghubungi pegawai yang berkenaan melalui nombor di bahagian Hubungi Kami . Borang maklum balas juga disediakan untuk anda untuk menghantar mesej kepada agensi masing-masing.

Selain itu, anda juga boleh membuat aduan menggunakan Sistem Aduan Awam Bersepadu Johor di ejawab.johor.gov.my

Maklum balas terhadap aduan/pertanyaan akan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja setelah aduan/pertanyaan diterima dan penyelesaian akan disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari waktu bekerja.

Tiada bayaran akan dikenakan untuk aduan/pertanyaan yang dikemukakan.

Financial Process Exchange (FPX) adalah saluran bayaran alternatif untuk pelanggan-pelanggan membuat bayaran dan pembelian secara atas talian seperti melalui portal .
FPX memanfaatkan perkhidmatan dengan bank-bank yang terlibat dengan Perbankan Internet dan menyediakan proses pembayaran atas talian yang cepat, selamat, boleh dipercayai dan dalam masa nyata (real time). FPX menyediakan transaksi perniagaan end-to-end yang lengkap, rekod pembayaran, dan proses reconcilation yang dipermudahkan serta mengurangkan risiko kerana pergerakan dana adalah di antara institusi-institusi kewangan yang telah ditubuhkan. FPX juga menggunakan pengesahan dan pensijilan untuk memastikan transaksi yang dilakukan adalah selamat.
Pada masa ini, terdapat 6 bank yang terlibat:

  1. Bank Islam
  2. Maybank
  3. Hong Leong
  4. Public Bank
  5. CIMB Bank
  6. RHB Bank
Tiada pendaftaran yang diperlukan berkaitan dengan FPX.
Anda perlu mempunyai satu akaun perbankan internet dengan bank-bank terlibat seperti yang disebutkan di atas.
Caj Bank sebanyak RM0.53 akan dikenakan oleh pemegang akaun untuk pembayaran melalui akaun individu & RM 1.06 untuk akaun Syarikat. Caj adalah termasuk GST.
Perkhidmatan FPX boleh didapati dari 1:00 pagi hingga 12:00 tengah malam setiap hari, tujuh hari seminggu, 365 hari setahun. Walau bagaimanapun, Perkhidmatan FPX juga bergantung kepada ketersediaan perkhidmatan Internet Banking oleh bank-bank yang terlibat.
Pada masa ini, had transaksi untuk B2C ditetapkan pada RM30, 000 setiap transaksi, manakala had untuk B2B ditetapkan pada RM1, 000, 000 bagi setiap urus niaga. Agensi-agensi tertentu juga akan menghadkan jumlah maksimum bagi pembayaran pada satu-satu bil. Sila rujuk agensi anda untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda mendapati sebarang kesukaran mendapatkan maklumat bayaran selepas transaksi, sila ikuti langkah ini:

  1. Sila hubungi bank anda untuk mengesahkan pembayaran anda.
  2. Sebaik sahaja anda telah mendapat maklumat terperinci mengenai butiran transaksi anda, sila hubungi pegawai agensi-agensi berkaitan untuk bantuan. Sila berikan ID transaksi yang telah dibekalkan oleh pihak bank.
  3. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi pentadbir kami di talian 07-266 6660 / 07-2666 6661 atau e-mel kepada kami di ustict@johor.gov.my untuk bantuan lanjut.
Anda perlu menyimpan bukti pembayaran untuk rujukan anda. Walau bagaimanapun, bukti pembayaran tidak boleh digunakan sebagai resit rasmi. Resit rasmi (kecuali bagi Pentadbiran Tanah Johor akan disediakan oleh agensi masing-masing dalam tempoh 14 hari waktu bekerja. Sila baca Terma dan Syarat yang terdapat di dalam portal ini.
Sekiranya transaksi berjaya, akaun agensi akan dikemaskini dalam tempoh 2-3 hari bekerja. Sekiranya ia masih tidak dikemaskini, sila hubungi pegawai di agensi masing-masing untuk semakan pada akaun anda.