Agensi

Lebih 5500 pengguna berdaftar! Lebih banyak Agensi akan datang!



Talian 07-7551300
Faks 07-7551302
Emel jop@mdsrenggam.gov.my
Senarai Agensi

Majlis Daerah Simpang Renggam

A) PERINGATAN

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), cukai harta perlu dijelaskan dua (2) kali setahun pada tempoh yang ditetapkan iaitu :

  • Penggal Pertama (Setengah Tahun Pertama) - 1 Januari hingga 28 Februari
  • Penggal Kedua (Setengah Tahun Kedua) - 1 Julai hingga 31 Ogos

B) MAKLUMAT AWAM

CUKAI HARTA

Cukai Harta adalah salah satu kadar yang dikenakan ke atas semua jenis pegangan harta yang berada di dalam kawasan pentadbiran majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) seperti :

  • Rumah Kediaman
  • Harta perusahaan/ Perdagangan
  • Kompleks, Kilang, Rumah Kedai, Hotel
  • Tanah Kosong dan tanah Pertanian
  • Harta-harta Khas

Jumlah cukai harta yang dikenakan adalah berdasarkan nilai taksiran bagi sesuatu pegangan dan kadar tertentu yang diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri.
Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), cukai harta perlu dijelaskan dua (2) kali setahun pada tempoh yang ditetapkan iaitu :

  • Penggal Pertama (Setengah Tahun Pertama) - 1 Januari hingga 28 Februari
  • Penggal Kedua (Setengah Tahun Kedua) - 1 Julai hingga 31 Ogos

DENDA LEWAT

Mengikut Seksyen 147 (1) (AKTA 171) - Denda lewat mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Majlis Daerah Simpang Renggam akan dikenakan.
Mengikut Seksyen 148 (AKTA 171) - Notis 15 hari akan diberikan melalui Borang E sebelum Waran tahanan (borang F) dikeluarkan dengan bayaran waran sebanyak 10% akan dikenakan. Pengeluaran waran tahanan ini adalah bagi membolehkan MDSR menyita atau menahan apa-apa harta alih kepunyaan pemilik/penyewa yang dijumpai dipegangan (premis) berkenaan.
Mengikut Seksyen 148 (AKTA 171) - Harta-harta alih yang disita akan dijual melalui lelongan awam sekiranya pemilik gagal menjelaskan tunggakan cukai harta serta lain-lain kos yang dikenakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh sitaan. Sekiranya jumlah tunggakan cukai harta melebihi nilai harta alih yang boleh disita atau rumah kosong (tiada diduduki), tindakan sivil di Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah menjual pegangan akan diteruskan.

Mengikut Seksyen 156 (AKTA 171)

  • Tunggakan dituntut sebagai hutang melaui peguam yang dilantik MDSR.
  • Pemilik harta adalah bertanggungjawab ke atas kos guaman yang dikenakan. Semua kos bagi apa-apa tindakan yang diambil untuk menuntut tunggakan cukai akan dikira sebagai sebahagian daripada tunggakan. (Seksyen 152 Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta 171)

PENYEWA PREMIS

  • Penyewa premis hendaklah menyerahkan atau memaklumkan bil cukai atau notis tuntutan (Borang E) kepada pemilik harta dengan segera. Penyewa hendaklah memastikan pemilik menjelaskan cukai harta pada tempoh yang ditetapkan. Ini penting kerana tindakan menahan (menyita) harta penyewa boleh diambil jika pemilik gagal berbuat demikian.
  • Bagi mengelakkan harta penyewa disita, penyewa boleh menjelaskan bayaran sewa kepada MDSR.

TIDAK MENJELASKAN DALAM TEMPOH DITETAPKAN

Sekiranya anda tidak menjelaskan cukai harta dan tunggakan dalam tempoh yang ditetapkan anda boleh dikenakan tindakan berikut :

  • Notis Borang E– Mengikut Seksyen 147 (1) Akta Kerajaan Tempatan, notis berdenda dalam borang E akan dikeluarkan supaya anda menjelaskan tunggakan dalam tempoh 15 hari. Denda yang dikenakan adalah RM3.00 satu Penggal.
  • Waran Borang F, Notis Borang G dan Borang H
    • Sekiranya dalam tempoh 15 hari anda masih gagal menjelaskan tunggakan, waran tahanan dalam Borang F akan dikeluarkan. Bayaran waran sebanyak 10% dari jumlah tunggakan .
    • Pengeluaran waran akan membolehkan MDSR untuk membuat inventori/senarai dalam Borang G mengenai segala harta alih yang ditahan dlam harta/premis senilai dengan jumlah tunggakan cukai tidak dijelaskan, harta akan disita dan dijual melaui lelongan awam.
    • Sekiranya jumlah tunggakan melebihi harta alih, Borang H akan ditampal disuatu tempat yang mudah dilihat dan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah jualan akan diteruskan.
  • Tindakan Melalui Peguam – Tindakan Mahkamah untuk melelong harta tak alih berdasarkan peruntukan Seksyen 15 Akta 171 akan dijalankan oleh peguam Panel Majlis. Segala kos guaman dan kos tindakan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik dan dituntut sebagai sebahagian daripada tunggakan (Seksyen 152).