Terma dan Syarat

Terma dan Syarat penggunaan Portal Pembayaran Atas Talian Johor.


Di bawah adalah terma dan syarat penggunaan JOHOR E-PAYMENT PORTAL, serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan menggunakan perkhidmatan diportal ini.

Sekiranya anda mengakses portal ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa terma-terma dan syarat-syarat yang mengikat anda dan merupakan satu perjanjian antara anda sebagai pengguna, agensi-agensi yang mengambil bahagian dan kami, bagi akses dan / atau penggunaan portal ini.

Terma dan syarat ini akan menggantikan syarat-syarat yang anda terima atau akses menerusi portal ini sebelumnya. Penggunaan dan / atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat semasa ini.

Sila baca syarat-syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan kemudahan pembayaran dalam talian kami. Dengan menggunakan kemudahan pembayaran online di portal ini anda secara langsung menerima terma ini.Jika anda tidak menerima syarat-syarat yang dikemukan ini, anda adalah dinasihatkan tidak menggunakan kemudahan ini. Semua pembayaran adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Semua jumlah dinyatakan ialah dalam MYR - Malaysia Ringgit.
  • Untuk pembayaran melalui FPX, caj bank sebanyak RM 0.53 akan ditanggung oleh pemegang akaun untuk pembayaran melalui akaun individu & RM 1.06 untuk akaun syarikat. Caj adalah termasuk GST.
  • Untuk bayaran melalui Kad Kredit, tiada sebarang caj dikenakan.
  • KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak akan menerima sebarang liabiliti bagi bayaran yang tidak diterima oleh akaun agensi yang betul jika anda memasukkan nombor akaun yang tidak betul atau butiran peribadi yang tidak tepat. Kami juga tidak akan menerima sebarang liabiliti jika bayaran anda tidak dibenarkan atau ditolak oleh pembekal kad kredit / debit anda bagi apa-apa sebab.
  • Jika pembekal kad kredit / debit menolak pembayaran anda, KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak bertanggungjawab untuk membawa perkara ini kepada perhatian anda. Anda perlu menyemak dengan bank / kredit / debit kad pembekal anda jika ada pembayaran telah ditolak dari akaun anda.
  • Bayaran anda akan dikemaskini dalam masa tiga (3) hari waktu bekerja.
Anda akan menerima pengesahan bayaran anda pada skrin dan juga emel anda selepas anda membuat pembayaran. Anda boleh mencetak bukti pembayaran apabila transaksi anda telah selesai (Berjaya) untuk rekod anda sendiri. Bukti pembayaran tidak boleh digunakan sebagai resit rasmi.

Pengesahan Pembayaran Pentadbiran Tanah Johor
Bagi pembayaran kepada Pentadbiran Tanah Johor, resit rasmi yang dicetak adalah sah diperlakukan untuk sebarang urusan rasmi.

Pengesahan Pembayaran Majlis Agama Islam Negeri Johor
Bagi pembayaran kepada Majlis Agama Islam Neger Johor, pengesahan dan resit rasmi akan diproses dalam masa 14 hari waktu bekerja.
Pentadbiran Tanah Johor
Bagi pembayaran kepada Pentadbiran Tanah Johor, resit rasmi yang dicetak adalah sah diperlakukan untuk sebarang urusan rasmi. Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mencetak resit cukai tanah dan ingin mengulangi cetakan resit, sila ke kaunter Unit Hasil Pejabat Tanah Daerah yang berdekatan selepas 2 hari pembayaran dibuat. Bayaran tambahan akan dikenakan bagi setiap kali cetakan.

Majlis Agama Islam Negeri Johor
Resit rasmi akan diproses dalam masa 14 hari waktu bekerja Sekiranya anda tidak menerima resit rasmi dalam tempoh yang ditetapkan, sila hubungi kakitangan agensi untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bayaran berlebihan dalam akaun anda dan merasakan yang anda mungkin layak untuk bayaran balik, sila hubungi agensi berkenaan dengan menyatakan bukti pengesahan pembayaran atau nombor rujukan.
Semua butir-butir pembayaran yang dimasukkan melalui portal ini adalah disulitkan (encypted) apabila anda, atau pengguna pihak ketiga membuat pembayaran. Komunikasi dari tapak dan juga ke pembekal perkhidmatan adalah disulitkan.

KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kegagalan oleh anda atau pihak ketiga dalam membuat pembayaran untuk melindungi data pada skrin daripada dilihat orang lain atau diperolehi oleh mereka yang terbabit, semasa proses pembayaran dalam talian atau berkenaan dengan apa-apa peninggalan maklumat yang tepat dalam masa proses pembayaran dalam talian.
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan langsung, tidak langsung, sampingan, khas, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, niat baik atau kerugian ketara yang lain akibat daripada tetapi tidak terhad kepada:

  • penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  • kos perolehan barangan dan perkhidmatan berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan yang dibeli atau pengganti atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal ini;
  • akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  • kenyataan atau tindakan pihak ketiga di portal ini;
  • ketidakupayaan untuk menggunakan, atau akibat daripada penggunaan portal ini, mana-mana portal yang dikaitkan dengan portal ini, atau bahan-bahan atau maklumat yang terdapat di mana-mana atau semua laman-laman tersebut, sama ada berdasarkan jaminan, kontrak, tort atau mana-mana teori undang-undang lain dan sama ada atau tidak dimaklumkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut; dan
  • apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan portal ini.
KERAJAAN NEGERI JOHOR boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau keseluruhan perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, berkuatkuasa serta merta. KERAJAAN NEGERI JOHOR juga boleh menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk tempoh masa yang panjang. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut
KERAJAAN NEGERI JOHOR mempunyai hak pada setiap masa untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan portal ini atau dalam keadaan di luar kawalan, di portal ini mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa terlebih dahulu memberikan sebarang notis kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa untuk memastikan anda mengikuti sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini, anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa dan secara tetap. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.
KERAJAAN NEGERI JOHOR mempunyai hak pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa untuk mengubahsuai atau menamatkan, secara sementara atau tetap, perkhidmatan (atau mana-mana bahagian daripadanya) dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.
Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah terma dan syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambil kira dalam tafsiran syarat-syarat ini. Jika mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di bawah undang-undang semasa atau akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah tidak pernah terdiri daripada sebahagian Terma dan Syarat dan peruntukan-peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini akan kekal dengan kuat kuasa penuh dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau tidak sah.